Wanna know bout us

3 Mawar 2011
3 Mawar is formed by a group of 32 form 3 students from SMK Convent Kulim. We are going to face the PMR exam , so please pray the best for us..
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday 16 May 2011

Hari Guru

16 Mei 2011 - hari ni hari guru so, first sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru2 di dunia especially cikgu yang telah mengajar aku dari x tahu apa2 ni , sampai dah terlebih tahu dah sekarang ni. di sini aku nak share sikit pasal hari guru di convent untuk tahun 2011 .

mula2 kitorang ada perhimpunan rasmi . the hall was packed like sardines . memang panas tapi nasiblah aku dapat tempat bawah kipas . bila ada hari2 istimewa macam hari ni , mesti akan ada perutusan2 daripada pihak atasan . perutusan tu pulak bukannya pendek , tpi sampai 2-3 muka surat . rajin betul depa buat nohh . lepas habis baca perutusan , cikgu pun dah buat ucapan , nak dijadikan cerita , MC panggil penolong kanan suruh buat ucapan . kitorang kat bawah ni dah nampak dah yang PK tu bukannya ready pun . mana taknya , xde sapa pun bagitau kata PK kena buat ucapan . it supposed to be the head mistress . tetiba , semua cikgu pakat duk tengok belah blok budak darjah 1 . kitorang pelik la , sekolah rendah marah ke padahal kitorang x bising pun , almaklumlah depa tengah periksa . rupa2nya , pengetua baru sampai . ish3 , kalau students yang mai waktu macam ni , mesti dah kena tulis nama tapi nak buat macam mana dia kan big boss ... lepas tu ada penyampaian hadiah untuk guru-guru (pengawas yang bagi) . hadiahnya ? mug dan kipas tangan . nak buat macam mana itu je yang kami mampu bagi . akhir sekali penyampaian hadiah untuk guru2 kelas . best kan jadi cikgu , hari guru je mesti dapat banyak hadiah . tapi yang paling bikin kontroversi ialah kelas 5ST . hadiah depa sungguh besar macam badak . tapi bila bukak .. hampeh .. barang kecik saja kak oii , buat apa balut besar2 ?

lepas tu kami ada sukaneka untuk guru2 . guru2 ni mewakili rumah sukan masing2 la . yang menang ? rumah tun anum . aq pelik la macam mana rumah ni boleh menang ? nak kata rumah depa kuat , tak jugak . rumah tun teja kuat lagi . mungkin guru2 rumah tun anum lebih kuat kot daripada anak-anak murid . who knows ?

time persembahan...masa yang ditunggu-tunggu oleh setiap murid ..
kumpulan first yang buat persembahan ialah form 2 mawar . tajuknya Rumpeltstiltskin . mak aii , nak tunggu penamat pun boleh buat aq tertidor . lepas tu ada tarian India , choral speaking (untuk budak2 yang x mau tinggalkan zaman sekolah rendah depa), choir and bla-bla-bla ... tapi yang paling happening bila kelas 2 melur buat persembahan . lawak giler tahap . sampai nangis2 aku . ceritanya pasal sorang budak sekolah (aziela) yang kurang ajar dengan sorang cikgu baru (joey) ni . pastu mak dia kena panggil dengan pengetua sebab pihak sekolah nak hantar dia pi pusat pemulihan akhlak (logik tak? kurang ajar dengan cikgu pastu kena hantar pi pusat tu) . beberapa bulan selepas tu , aziela ni pun balik . pakai tudung labuh habakk hang . dah insaf tu , dia nak pi la minta maaf kat cikgu baru tu . tapi , cikgu dah innalillah . ish3 . bila pi ziarah kubur (atiqah) cikgu tu , hantu cikgu (shatif) tu la kot mai lompat2 kat dia . dia pun lari lintang-pukang . the end .
habis lakonan ni , sepatutnya form 3 pula , tapi sebab diorang nak stop majlis pukul 12:30 , jadi form 4 la buat dulu . yang jadi problemnya bila lagu x boleh pasang pakai laptop sebab sound x kuat (walaupun dah bubuh mic) . jadi 2-3 persembahan dibatalkan (termasuk kelas 3 mawar) pasal masalah ni . persembahan last ialah dari kelas 5 SN . diorang buat tarian pop yeh yeh . mengikut cerita yang aku dengar , tarian ni sepatutnya buat waktu tahun lepas , tapi x jadi pasal orang yang nak buat persembahan tu pulak x mai .

akhirnya , majlis pun disahkan akan berakhir . baru disahkan . tengah aq siap2 nak balik , tetiba ada last performance dari kak rozha and kak wahida . diorang nyanyi lagu 'luahan hati' . mula2 kak rozha nyanyi , pastu tengah duk syok2 feeling , dia boleh pulak lupa lirik . xpalah , pastu kak wahida pulak take over . dia nyanyi la sampai habis . kira tangkap lentok gak r sampai orang ikut nyanyi .nak dijadikan cerita , time balik tu hujan turun pulak dengan lebatnya . sah dah ni mesti pasal ada orang nyanyi ni . apa-apa pun , event macam ni memang patut selalu diadakan . selain dari xde kerja sekolah , kami pun boleh enjoy  kehidupan sekolah menengah ni . sekian .........

p/s : the priceless memory of high school , never to be bought or sold , it can only be cherished ..

0 comments:

Post a Comment